SEJARAH SEKOLAH



Sekolah ini bermula sebagai sebuah sekolah pondok. Pada masa itu Tuan Pengurus Ldg.Bkt.Kajang, En.W.E.Ainger telah memperuntukkan sebidang tanah seluas 1080 kaki persegi untuk menjalankan kegiatan pembelajaran. Guru pertama yang dilantik oleh Pengurus ialah En.Nallusami. Beliau telah berhijrah ke tempat lain pada tahun 1945. Pihak pengurus telah melantik En.Samuel sebagai guru di sekolah ini.

Walau bagaimanapun beliau telah ditawarkan jawatan baru sebagai Timbalan Pengerusi di Ladang Diomand Jublee. Oleh kerana tiada guru yang berkelayakkan dan cadangan daripada pihak pengurus supaya sekolah ini ditutup, maka pada tahun 1945 sekolah ini telah pun ditutup.

Pada tahun 1946, dengan kerjasama penduduk tempatan dan pengurus ladang En.J. C Parkinson, En.D.Govindasamy telah berusaha untuk membuka kembali sekolah ini. Dengan usahanya, beliau telah berjaya dan pada Jun 1946 sekolah ini telah dibuka dengan nama "BUKIT KAJANG TAMIL SCHOOL". Sekolah ini telah berjaya memperolehi sebuah bangunan di tepi jalan raya utama Jasin-Melaka. Oleh kerana bilangan murid semakin bertambah, sebuah bangunan kekal telah didirikan pada tahun 1963 sebuah bangunan baru telah di bina oleh pihak kerajaan dengan persetujuan Pengurus Ladang iaitu En.Galloway dengan keluasan tambahan kawasan 2.5 ekar.

Pada tahun 1995 sebuah bangunan yang mempunyai sebuah kelas dan kantin telah di bina. Ia dibina dengan kerjasama dan usaha PIBG sekolah bersama peruntukan dari Y.B.Arunasalam pada masa itu. Walaubagaimanapun kantin yang di bina itu telah diubahsuai dan di jadikan Pusat Sumber sekolah pada tahun 1999.

Pada tahun 2002 sebuah kantin telah dibina oleh JPM. Kantin ini telah diubahsuai dan dijadikan bilik darjah disebabkan oleh pertambahan murid. Dengan usaha Guru Besar Pn.A.Mallega, SJK(T) LADANG BUKIT KAJANG telah mendapat bangunan tambahan pada tahun 2006. Bangunan in dibina dengan sumbangan usahawan dari Wilayah Persekutuan iaitu Datuk N.Kathiresan. Bangunan ini terdiri daripada 3 buah bilik darjah dan sebuah kantin.

Pada 2009, SJK(T) LADANG BUKIT KAJANG memiliki 66 pelajar lelaki dan 56 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 122 orang. Ia mempunyai 11 orang guru, pada tahun tersebut.


FALSAFAH SEKOLAH

  • Melahirkan pelajar-pelajar yang berwawasan,
  • Berpendidikan dan bertatasusila yang tinggi
  • Bersama - sama menuju ke arah kecermelangan
  • Dalam pendidikan, berdaya usaha dan
  • Menghargai nilai kemanusiaan berteraskan
  • Ketuhanan dan dapat merealisasikan falsafah
  • Pendidikan dalam menghadapi cabaran.

Matlamat Sekolah

  • Melahirkan pelajar yang dedikasi.
  • Membentuk nilai dan tatasusila yang tinggi.
  • Melahirkan pelajar yang cemerlang dam pendidikan.
  • Membentuk pelajar yang penuh tangunggjawab.
  • Mewujudkan semangat hormat menghormati di antara murid dan guru.
  • Menanamkan semangat berwawasan dalam semua aspek kehidupan.


Objektif Sekolah

Mewujudkan kecemerlangan dalam kongsep :-

  • Budaya ilmu pada semua murid.
  • Mengaitkan Falsafah Pendidikan Negara dengan matlamat KSSR.
  • Sekolahku Rumahku.
  • Sekolah Penyayang.